Tuesday, September 21, 2010

Tips Bits Membuat Produk Sendiri

Kenapa nak ada produk sendiri? Kan ada affiliate dan program internet lain yang boleh buat duit. Tapi anda tahu tak, kebanyakan internet marketer yang berjaya, mereka mempunyai produk mereka sendiri. Selain tu, dengan produk sendiri, anda boleh mengawal sepenuhnya bisnes internet anda dan dapat keuntungan yang lebih best.

Pening nak cipta produk sendiri? Jika anda merancang untuk mencipta produk sendiri dan menjualnya di internet, berikut 5 tips yang boleh anda cuba untuk membina asas perniagaan internet anda:

5 tips mencipta produk sendiri

1. Sentiasa membawa ke mana-mana sebuah buku nota kecil dan sebatang pen. Anda harus sentiasa bersedia pada setiap detik jika secara tiba-tiba anda mendapat idea. Jika tidak dicatat idea tersebut, saya pasti anda akan mudah lupa.

2. Mulakan mencari idea berdasarkan minat dan hobi anda. Ada kebarangkalian yang tinggi untuk anda mengembangkan sepuluh idea berlainan lagi hanya daripada salah-satu daripada hobi anda.

3. Baca akhbar harian untuk melihat apakah isu-isu semasa yang menjadi topik perbualan hangat. Jika ia adalah suatu masalah, anda boleh fikirkan penyelesaiannya dan dari situ bangunkan suatu produk atau perkhidmatan yang boleh menyelesaikan masalah masyarakat di sekeliling.

4. Lawati perpustakaan atau kedai-kedai buku dan majalah. Di sana terdapat pelbagai buku dari pelbagai tajuk dan niche. Mana tahu dari situ anda akan mendapat idea baru untuk mencipta produk dalam sesuatu niche.

5. Banyak membaca , update isu-isu semasa dan buat research. Jika anda banyak membaca & tahu tentang masalah atau isu semasa, anda boleh mencipta satu penyelesaian kepada masalah yang timbul.

Selamat berbisnes internet. :)
http://bisnesideas.webs.com

No comments:

Post a Comment