Monday, August 30, 2010

Apa Erti Sebenar Kemerdekaan?

Salam Ramadhan dan Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53..

Apa erti sebenar kemerdekaan? Merdekakah kita sebenarnya?

Pendita Za’aba mengatakan tentang erti kemerdekaan: “berubah daripada kepercayaan bodoh yang melemahkan akal dan ikhtiar kepada kepercayaan yang cerdik yang membebaskan fikiran; daripada ajaran yang mematikan hati kepada ajaran yang menghidupkan dan menyuburkan dia; daripada i‘tiqad-i‘tiqad yang serong dan terpesong kepada i‘tiqad yang subur dan merdeka; daripada kezaliman pemerintahan berdasarkan hawa nafsu kepada kesalehan; dan daripada fikiran-fikiran yang menahankan dan menyekat kemajuan kepada fikiran yang membebaskan kemajuan dan menggalakkan kemaraan yang baik-baik dan mulia.” (Wan Abd. Kadir, 100 tahun Za’aba, hlm. 124).

Kemerdekaan sebenar adalah kemerdekaan jiwa dan minda. Tanpa kemerdekaan jiwa dan minda kemerdekaan fizikal tidak berguna. Orang yang berjiwa dan berminda merdeka adalah orang yang tidak terkongkong dengan budaya ‘kampung’, terbelenggu dengan nafsu, taassub dan fanatisme. Sebaliknya orang yang benar-benar merdeka adalah orang yang tahu identiti dan harga dirinya, lalu membina keupayaannya agar ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’. Orang yang dapat berfikir jauh kehadapan, menembusi sempadan ‘kampungnya’, melepasi kepentingan diri dan kepuakan, untuk memikirkan kepentingan bangsa, negara, agama dan umat.

Erti sebenar kemerdekaan bagi generasi muda pada masa kini semakin luntur serta tidak dihargai dan ia terbukti apabila berlakunya pelbagai kes membabitkan golongan itu seperti buli dan samseng selain lumba haram. Apatah lagi apabila setiap hari makin menjadi-jadi kes buang bayi. Bagaikan mencabar undang-undang dan moraliti manusia. Dan makin ramai orang yang jadi sakit mental, retarded sampai sanggup membunuh anak, adik sendiri. Banyak muncul kes-kes yang pelik dan merunsingkan kita sampai terfikir.. apa  dah jadi kat manusia sekarang ni? Harap-harap kita dijauhkan daripada benda-benda yang tidak elok.. amin

Sementara kita masih dapat merasa manis kemerdekaan dan keamanan negara kita, marilah kita bersyukur dan sama-sama muhasabah diri ke arah yang lebih baik.InsyaAllah..

Jangan lupa asal usul kita :)
Sayangi diri anda, sayangi negara anda.

credits: 
http://khairaummah.com
http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=1&sec=&key=824&cmd=resetall
http://halaqah.net/v10/index.php?page=33


No comments:

Post a Comment