Perniagaan di internet mempunyai banyak cabangnya Antara bisnes di internet atau cara buat duit di internet yang popular adalah menjual produk digital, menjual produk fizikal dan sebagainya melalui program affiliate. Program Affiliate adalah yang paling mudah untuk menjana duit sampingan anda menerusi internet.
Dengan hanya register sebagai affiliate/agent anda akan dapat komisyen dari setiap jualan yang dibuat. Anda hanya perlu promosikan produk/servismelalui link, url, ads banner tanpa menanggung sebarang risiko kerana ia akan ditanggung oleh company yang menawarkan affiliate tersebut. Apa yang penting ialah ia memerlukan usaha serta strategi yang betul.
Keuntungan Program Affiliate
Dengan menyertai affiliate, anda tidak perlu bersusah payah memikirkan cara-cara menghasilkan produk yang berkualiti serta menjaga perihal dan melayan kerenah pelanggan. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah mempromosikan produk tersebut melalui link url anda.
contoh: http://www.programaffiliateanda.com/?ref=usernameanda
Anda hanya perlu mempromosi link anda. Pendek kata, anda menjadi agen jualan menerusi link anda. Apabila seseorang prospek membuat pembelian melalui link anda, maka komisyen jualan tersebut menjadi milik anda mengikut percentage yang telah dipersetujui. Lagi banyak produk terjual melalui link anda, lebih banyak komisyen anda dapat.
Contoh site program Afflilate:
1. Aleacorp
2. GDI
3. clickbank
4. trafficwave.net
5. amazon.com
6. Jutawanklik
No comments:
Post a Comment